Ejen Hartanah

Nak Jual Rumah Dengan Mudah & Selamat?

6 Tahun Pengalaman, Penyelesaian Tuntas Masalah Hartanah Anda

SIAPA SAYA?

Saya Abdullah atau nama penuh, Abdullah bin Sulaiman merupakan lulusan Diploma Estate Management (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2013. Saya telah memulakan kerjaya sebagai Perunding Hartanah Sejak Oktober 2016 dan kini bernaung di Agensi Rescom Realty. Mempunyai Pengalaman dalam Penilaian Hartanah Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah Sepenuh Masa. 

Sepanjang hampir 6 tahun saya menjadi Perunding Hartanah, saya telah membantu menyelesaikan masalah lebih 250 pemilik hartanah dalam menjualkan hartanah mereka.

Bagi saya, setiap urusniaga hartanah adalah unik, mempunyai cabaran dan masalah tersendiri, bukan sahaja kerana keadaan hartanah tersebut, malah status hakmilik, sekatan, profil pemilik, dan kekuatan kewangan bakal pembeli juga memainkan peranan dalam kejayaan satu2 urusniaga.

Oleh itu, skill menyelesaikan masalah adalah penting yang perlu digilap setiap Perunding Hartanah.

Whatsapp Ejen Semak Nilai

SERVIS

PERKHIDMATAN SAYA

 

01. Jual Hartanah

Dengan kemahiran dan jaringan saya ada, pelbagai masalah telah berjaya diselesaikan. Lebih 250 pemilik hartanah telah saya bantu selama hampir 6 tahun menjadi REN.

Soalan saya, adakah anda ingin jual hartanah dengan pantas dan jayanya?

02. Beli Hartanah

Membuat pembelian hartanah barangkali bukan suatu perkara yang mudah untuk semua orang. Saya boleh bantu anda mendapatkan hartanah impian. Setiap kemahuan ada step-by-step nya. 

Mahukah anda bekerjasama menggapai hasrat anda untuk memiliki hartanah?

03. Konsultasi

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau isu lain yang berkaitan dengan hartanah, sedialah hubungi saya untuk mendapatkan nasihat yang profesional.

Mahukah anda bekerjasama menggapai hasrat anda untuk memiliki hartanah?

Whatsapp Ejen Semak Nilai
Berapakah Fi EJEN HARTANAH?
  1. Profesional Fee – 3% daripada harga jualan. Nilai ini dibayar kepada agensi hartanah yang diwakili oleh ejen tersebut.
  2. SST – 6% daripada Profesional Fee yang dibayar.
Apa itu LPPEH / BOVAEA ?
BOVAEA dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH) — merupakan badan yang ditugaskan dengan pengawalan Penilai, Pentaksir, Ejen serta Pengurus Harta Tanah di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1981, LPPEH tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia, di mana operasinya ditadbir berdasarkan Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981. Fungsi-fungsinya termasuk pemantauan Pendaftaran Penilai, Pentaksir, Ejen & Pengurus Harta Tanah, Penilai serta Ejen Harta Tanah Percubaan atau Probationary Estate Agent (PEA), dan juga Firma-firma Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah.